Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) hari ini mengadakan satu mesyuarat khas Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) dalam menangani cabaran sekuriti makanan negara. Menurut satu kenyataan media dikeluarkan MAFI pada Rabu, mesyuarat berkenaan dipengerusikan Menteri MAFI, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee turut melibatkan 15 ahli MPPN.